Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

Sila RESET ECU kalau perlu

More
10 years 11 months ago - 10 years 11 months ago #24184 by dustinshah
kereta aku banyak kali naik genting, lepas tu bila turun dari genting, pickup kereta lagi teruk! ECU PE yg bangang ni ada self learning function. ECU detect keta aku power semacam, so dia gi setting balik supaya serupa dgn setting kilang.

kereta aku dah bikin 4-1, dah tukar air filter, siap dah ejes valve enjin lagi, dan ada satu lagi setting rahsia yg bagi jimat minyak. kalau nak tau, tanye le ye. hehe

Tapi masalah PE ni ECU EMS-700 ada self learning function. Proton yang jahat dah bagi lock supaya kalau ada modification, dia akan plahan2 jadi setting asal balik. Pakai piggyback pon x guna.

Satu penyelesaian untuk sesiapa yang dah buat modification:

Melalui pengalaman saya - setiap kali kereta jadi macam siput, aku akan cabut bateri dan tunggu seminit, pasang balik, kereta jadi ringan giler dan senang la hati.

Masalah siput ni jadi setiap dua minggu ke beberapa bulan. Selalunya 3 bulan aku dah rasa kerete pegi lain macam. Kalau naik genting, lagi cepat ECU jadi bangang sebab masa naik bukit tu lah dia senang detect kekuatan enjen so dia xnk enjen korang lagi power dari setting kilang.

Jenuh le asik nak mencabut bateri.

Minyak so far RM50 = 350 - 380km town driving(Isi Petron bila dapat tau Petron lagi jimat dari Shell utk PE)
Kalau lenjan sampai RPM 6000, RM50 = 250 - 300km
Last edit: 10 years 11 months ago by dustinshah.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24186 by azroy81
Replied by azroy81 on topic Sila RESET ECU kalau perlu
camne nak wat setting rahsia bagi minyak jimat???

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24187 by freedom_blue
Actually x perlu nak setting balik setiap kali rasa kurang power. Yes comp box system ni baca cara pemanduan and for example kalau lepas turun genting bukan semestinya sal comp box power kurang. Gear box pun main peranan so kalau gear box minyak tengah panas memang rasa kurang response. Cuba u biar sehari dua mesti balik ke biasa.

Experience sendiri pakai auto naik genting, bila turun rasa macam kereta x ada pickup ikut biasa. So, i biar kereta rest utk mlm tu and next day bawak street drive and semua response dah mcm biasa. Modification atas engine i sekadar K&N filter je..

Anyway comment ni base on my experience.. ;) and nak tau gak macam mana nak jimat minyak?? cuba share.. :)

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago - 10 years 11 months ago #24189 by dustinshah
tq bg response :)

freedom_blue, kereta aku PE H-Line, turun dari genting pun jadi siput selama 3 hari. Adik ipar yg keje kat proton suggest supaya cabut battery. Lepas cabut terus ringan.... mungkin kereta saya dengan kereta freedom_blue berbeza sebab setting jimat minyak yg saya telah katakan menyebabkan kena reset jugak. tak tahu lah kan.... cuba la try nanti :)


RAHSIA JIMAT MINYAK:

Oxygen sensor pada extractor mengesan kadar oxygen/angin yang keluar. ECU dah set supaya nisbah angin dengan minyak adalah 14.7:1

(Kalau korang pakai OBD2 bluetooth scanner, harga dalam RM60 leh cari kat mudah dot my, pastu scan guna android, leh nampak maklumat2 yg cun. Siap leh clearkan check engine light - CEL .)

So, bila angin 14.7, IAFM akan tembak 1 minyak. Kalau nak jimat, kena la 15 atau 16 angin baru 1 minyak. Kenapa??
Sebab kalau minyak lebih, pembakaran x sempurna. X sempat lagi enjen nak bakar petrol, dah basah petrol masuk lagi. Pembakaran yang basah dan x panas...
Kita nak angin banyak, petrol sikit.... (leh bayangkan macam petik lighter pastu sembur dengan ubat penyembur nyamuk...) Pembakaran yg KUAT Api kuat, jadi enjen lebih power. INGAT! Keta makan minyak tidak bermakna pickup lebih power. Minyak yg sikit dan ngam dengan nisbah akan menjadikan kereta lagi power dan jimat.

Oleh kerana PE pakai ECU EMS-700 yang tak boleh di ejes, ada self learning, dan telah di lock oleh proton, pakai piggyback pon tak guna, dan amat menyakitkan hati.... korang kena guna cara supaya Oxygen Sensor hantar signal kat ECU, mengatakan angin adalah kurang, so IAFM akan spray minyak yang sikit.

RAHSIANYA:

Xde la rahsia sangat pon, dah banyak kat blog omputeh. Bebudak Subaru ngan Evo dah siap bersumpah yg menatang ni buat keta dorang jimat minyak ngan lagi power.

Cara-cara yang saya akan dedahkan ni, korang kena baca elok2, kalau taktau, tak pasti, tak reti, plz tanya... korang tanggung sendiri kalau salah buat. Kalau korang terkasar sampai terosak, harga O2 sensor utk PE adalah dalam RM170.
Masa aku bukak O2 sensor dulu ketat sangat sampai aku spray minyak 4D utk bagi pelincir, terus rosak hehehe. Berhati-Hatilah.

Okay straight to the point!

1) Pegi kat EBAY, beli Spark Plug non Fouler(Bende ni utk spark plug, tapi korang nak modify pakai utk O2 sensor). Aku dah cari merata kat kedai, tapi x jumpa. Brothers ke mana2 ke, x jumpa. Kalau ada sesiapa jumpa kat mana2 di Malaysia, tolong share pulak yaaaaa!

Yg selebihnya, korang leh google "Non-Fouler trick" ada gambar dan cara2. Walau mcm mana pun saya akan explain utk bro2 ppeoc

2) Spark Plug non Fouler ni datang sepasang. Seketul lubang sempit, seketul lagi lubang besar.

3) Bukak O2 sensor secara berhati2, tengok kepala sensor tu dan ukur dengan Spark Plug non Fouler yg lubang sempit tu.

4) Tengok dia punya size, pastu drill lubang non fouler yg sempit tu mengikut saiz O2 sensor tersebut. Jangan longgar sangat, jangan sempit sangat. Korang nak guna drill ke, korek ke atau nak pahat, ikut suka lah, janji kemas dan ngam dengan kepala O2 sensor.

5) Bila dah siap, pasangkan yg dah dikorek tu dengan O2 sensor, pastu pasangkan non fouler lubang besar tu dekat kepala non fouler yg kena korek tadi. jgn lupa pasang washersnya(yg macam ring gasket tu)

6) Pasang balik O2 sensor dekat extractor

7) Test drive, kalau tak puas, cabut battery, pasang balik.(ECU mungkin dengki)

Dengan ini, O2 sensor anda bagi tau ECU, angin adalah sikit, jadi dorang pon tembak minyak sikit. Padahal angin banyak kekeke :laugh:

Kalau ada apa2 hal, jgn lupa post dulu.

Thank you :)
Last edit: 10 years 11 months ago by dustinshah.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24201 by Fuad Ended
dustinshah brapa harga bro dapat? harga barang n kos pos?

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24202 by dustinshah
Harga Spark Plug Non Fouler sebenarnya murah je kat EBAY, tapi disebabkan kos penghantaran dari US ke Malaysia jumlah harga leih kurang RM60.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24203 by horizon_elegance

dustinshah wrote: Harga Spark Plug Non Fouler sebenarnya murah je kat EBAY, tapi disebabkan kos penghantaran dari US ke Malaysia jumlah harga leih kurang RM60.


Bro kalau i nak tolong belikan boleh...xpandai ebay2 semua...nak test plak,,

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24205 by dustinshah

horizon_elegance wrote:

dustinshah wrote: Harga Spark Plug Non Fouler sebenarnya murah je kat EBAY, tapi disebabkan kos penghantaran dari US ke Malaysia jumlah harga leih kurang RM60.


Bro kalau i nak tolong belikan boleh...xpandai ebay2 semua...nak test plak,,



Boleh jer, tapi kena bank in dulu lah, baru leh tolong order. Mengikut pengalaman, kalau amek kos penghantaran yg murah, sampai dlm sebulan. Kalau yg mahal tu x pernah try laa.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24206 by Fuad Ended
wow... berminat ni nak try...OBD scanner dah ade... nak gak order... bro bg no hp senang nak deal... or klu ada FB bg nak PM...

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24209 by horizon_elegance

dustinshah wrote:

horizon_elegance wrote:

dustinshah wrote: Harga Spark Plug Non Fouler sebenarnya murah je kat EBAY, tapi disebabkan kos penghantaran dari US ke Malaysia jumlah harga leih kurang RM60.


Bro kalau i nak tolong belikan boleh...xpandai ebay2 semua...nak test plak,,



Boleh jer, tapi kena bank in dulu lah, baru leh tolong order. Mengikut pengalaman, kalau amek kos penghantaran yg murah, sampai dlm sebulan. Kalau yg mahal tu x pernah try laa.


Check ur PM bro.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24214 by dustinshah
bro, aku pm ko details. Nanti try bandingkan guna OBD RPM idle sebelum dan selepas pasang non fouler. Try check dyno guna application tu :)

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
10 years 11 months ago #24218 by horizon_elegance
Ok bro....Roger :woohoo: :woohoo:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.494 seconds