[CENTRAL] LIGA FUTSAL CENTRAL 2013

More
7 years 7 months ago #23941 by irrahady
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN LIGA FUTSAL PPEOC CENTRAL 2013

1.0 UNDANG-UNDANG Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 PENGENALAN

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai LIGA FUTSAL PPEOC CENTRAL 2013.2.1.2 Dianjurkan oleh CREW AJK SUKAN PPEOC CENTRAL 2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil yang dilantik setiap pasukan.

2.2 TARIKH DAN TEMPAT

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan setiap tempat mengikut pasukan yang bertanding
2.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang tertutup (Rubber Court)
2.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan sebelum liga bermula

2.3 FORMAT KEJOHANAN

2.3.1 Liga akan dijalankan secara liga diperingkat pusingan pertama dan pusingan kedua. Liga penuh

2.4 KATEGORI PERTANDINGAN

2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI

2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain serta 5 pemain simpanan.
2.5.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja dan pemain tersebut merupakan crew PPEOC berdaftar.
2.5.3 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM100.00
2.4.4 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini atau pasukan tersebut dikenakan denda sebanyak RM50
2.4.5 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu satu perkara adalah muktamad.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Liga Futsal PPEOC Central 2013
3.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
3.3 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu
3.4 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok ketika berada dikawasan pertandingan.
3.5 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan.
3.6 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang liga ini.
3.7 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 50.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.
3.8 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.
3.9 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.
3.10 Wang cagaran akan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan. Wang cagaran akan dimasukkan dalam tabung sukan PPEOC Central
3.11 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.
3.12 Duit kos sewa court adalah duit collection daripada setiap pasukan yang berdaftar
3.13 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0 MASA PERLAWANAN

4.1 Peringkat Kumpulan – 15 minit + 1 minit + 15 minit5.0 TARIKH PENTING

5.0 TARIKH PENTING

5.1 Liga bermula Sabtu 2 Mac 2013
5.2 Tarikh akhir daftar Jumaat 22 Februari 2013
5.3 Tarikh taklimat bersama pengurus pasukan Sabtu 23 Februari 2013 bertempat di Murni Usj jam 10 malam.
5.1 Liga bermula Sabtu 2 Mac 2013

HADIAH PERTANDINGAN

JUARA: Piala LIGA FUTSAL PPEOC CENTRAL + medal + hamper
NAIB JUARA: medal & hamper
KETIGA: medal & hamper
KEEMPAT: medal & hamper

PE0248 - PUTRAJAYA
FaceBook: www.facebook.com/irrahady
eMail : irrahady@ppeoc.my

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
7 years 7 months ago #23942 by man_banting
salam...

saya nk tnye group cari sendri or buat undian..kalau blh dpatkan group secara rawak (random) tlg masukkan nama saya skali..saya nk join tapi xde group..

man_banting PE0150

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
7 years 7 months ago #23986 by irrahady
Wsalam man..
ahli pasukan adalah terdiri dari ahli kawasan/crew yg sama...cth group ampang..ahli pasukannye mestilah dr kalangan kawasan ampang/crew ampang sendiri.

utk sertai sila berhubung dgn SL/AL/Pengurus pasukan tmpt anda

PE0248 - PUTRAJAYA
FaceBook: www.facebook.com/irrahady
eMail : irrahady@ppeoc.my

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.185 seconds