PPEOC DIY DAY BERSAMA VERV-X

More
7 years 5 months ago #24126 by irrahady
Salam PPEOCianz..
PPEOC dengan kerjasama Verv akan mengadakan satu program yang dinamakan DIY DAY.

D.I.Y DAY merupakan mini perjumpaan yang mana aktiviti utama adalah untuk servis kenderaan ahli sambil beramah mesra dengan ahli-ahli Verv-X dari kelab lain. Pada hari tersebut juga, ahli-ahli yang datang boleh mendapatkan produk dari BOSCH yang sesuai untuk model kereta mereka pada harga ahli.

Perancangan aktiviti adalah seperti berikut:

Tarikh : 31 Mac 2013
Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Perkarangan HQ Verv Exclusives, Oasis Square, Jalan PJU 1A/7A, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Aktiviti : Pendaftaran Ahli + Servis + beramah mesra
Kudapan : Disediakan
Anggaran kenderaan yang diservis : 5 buah dari PPEOC
(1) PE2305; (2) PE1552 ; (3) PE1327; (4) PE1534; (5) PE1138

Untuk pengetahuan, kos perkhidmatan (labour charges) servis adalah PERCUMA pada hari tersebut. Ahli-ahli hanya perlu mendaftar dan membeli minyak enjin Verv Lubricants pada harga ahli. Contoh untuk kereta Proton Persona yang menggunakan Semi-Synthetik 10W40, harga untuk ahli cuma RM88 beserta Oil Filter Bosch diberi secara PERCUMA. Kami yakin ia sangat menjimatkan untuk produk dan jenama yang berkualiti.

Penyertaan dan sokongan dari semua sangat dialu-alukan untuk memperkukuhkan hubungan di antara kedua belah pihak.

PE0248 - PUTRAJAYA
FaceBook: www.facebook.com/irrahady
eMail : irrahady@ppeoc.my

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
7 years 5 months ago - 7 years 5 months ago #24127 by irrahady
AKTIVITI : DIY DAY BERSAMA VERV
TARIKH : 31 MAC 2013 (AHAD)
TEMPAT : HQ VERV ARA DAMANSARA

Buat pertama kalinya pada 31 Mac 2013, PPEOC khususnya Central Region telah menyertai DIY Day anjuran Verv-X Malaysia. DIY Day adalah satu aktivi yang dianjurkan oleh Verv-X untuk ahlinya dari kelab-kelab kereta hadir berkumpul bersama kelab lain disamping servis kenderaan masing-masing.

Kelab Viva Central telah sama-sama PPEOC kali ini bagi menjayakan acara ini. Disamping menservis jentera masing-masing ahli bolehlah bertemu dan beramah mesra serta menikmati kudapan yang disediakan. Cabutan bertuah juga diadakan oleh pihak Verv-X sebagai ole-ole sebagai tanda penghargaan kepada yang hadir.

Terima Kasih kepada ahli PPEOC yang hadir dan yang lain bolehlah bersama-sama memeriahkan aktiviti ini dilain masa. Semoga kita bertemu lagi di NEXT EVENT...

Antara yang hadir:
1. Fakri Muniri - Presiden
2. Farhan Paan
3. Bakhit
4. Hendra aka Haslina Redshop
5. Safrizal
6. Suri Bakawali
7. Irrahady

p/s :
1. Jutaan terima kasih di ucapkan buat rakan-rakan yang telah menghadirkan diri kali ini. Semoga jumpa dan jumpa lagi.
2. Maaf sekiranya ada diantara nama rakan-rakan yang hadir tidak tersenarai di atas, mungkin terlepas pandang dan kealpaan melanda. Bolehlah PM/SMS saya untuk pembetulan.
Maaf sekiranya terdapat silap salah dan terkasar bahasa pada laporan ini.
3. Gambar klik SINI

Sekian,

2 APRIL 2013

PE0248 - PUTRAJAYA
FaceBook: www.facebook.com/irrahady
eMail : irrahady@ppeoc.my
Last edit: 7 years 5 months ago by irrahady.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.133 seconds