Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

RON95 mudah terbakar?

More
13 years 2 months ago #2768 by rahim.nazhir
nak kena promote kat kawan2 nie... setiap kereta wajib ada fire extinguisher tak tau cara nak pakai saya leh kasi free class cara nak pakai... nak beli Ron97 tak lalu bang... nie naik lagi nie harge nyer..

nak survey kat kedai setong berape rege nyer
any friend know the price? botol kecik jerk:blink:

U cant go home safe if you not working safely

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago #2793 by niccinixcol
kat ofis ko ade fire ex%&%*9 tu tak...cube ko usha kilang mne yg kuar kan bnda alah tu,pahtu contact ade tak??ngeh3x setau aq la,aq pernah g halfcut ade gak jual menatang tu. . kira ok la kut2 terjadi kebakaran,leh lah cpat2 semburrr!!! :lol: :lol:

Respect Racing Rules

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago #2808 by Askry
Replied by Askry on topic Re: RON95 mudah terbakar?
ron97 ke ron95 ke ron1234 ke rontron ton ton ke semua mmg terbakar sebab dia petrol..

jgnla terlalu paranoid or takut kerana kes keta terbakar.. mmg dah lumrah minyak membakar... even keta kebal sekalipun boleh terbakar.. keta apa2 pun klu dah eksiden terbakar gak.. dari kita takut keta terbakar, baik kita beringat or takut pasal eksiden.. eksiden tu la yg parah x kira terbakar or x terbakar, laju or lambat, teruk or parah.. pastinya eksiden memberi kesan pada pemandu(nyawa+duit) yg jadi mangsa...

jgn maree yee.....ini pendapat aku je...

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago - 13 years 2 months ago #2815 by rahim.nazhir
dulu proton bagi free... la nie tak kot.. sebab lepas beli PE ari tue.. tak plak dapat..

lepas nie maybe leh buat event sekali ngan kempen kesedaran tentang kebakaran dan cara memadam api..

pernah dengar kes ada orang nampak api dia baling tong tue ke api... dengan harapan penuh api akan padam.. malang nyer api makan marak sebab tong tue meletup...:woohoo:

img.youtube.com/vi/XDV41yVu2Cw/2.jpg ... biasa nyer terlambat dah

kalo ada dan tau guna img244.imageshack.us/img244/2707/burnedgi4.jpg

leh tolong org:whistle:

U cant go home safe if you not working safely
Last edit: 13 years 2 months ago by rahim.nazhir.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago #2823 by niccinixcol
sudah saya cakapkan...kita bercerita biar lah berilmiah..mmg kita taw bahwasanya petrol adalah bahan yg mudah terbakar...jikalau nak kata semua petrol mudah terbakar,buat apa syarikat2 pengeluar petrol mengunakan perkatan RON 92 RON 95 RON 97 ??? baik syarikat pengeluar petrol serasikan cakap fuel fetrol cukup. . .

secara fakta perkatan RON tersbut singkatan kepada Reaserch Octane Number yang mempunyai urutan nombor RON 84, 87, 91, 92, 95, 97. seperti yang sy ckpkan sebelum ini...kadar benzena ron95 adalah tinggi berbanding ron97 dimalaysia ini...apakah itu benzena?? Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.

Respect Racing Rules
The following user(s) said Thank You: R3999

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago #2824 by kenharta
Replied by kenharta on topic Re: RON95 mudah terbakar?
PE0189 - Kengkawan semua, mungkin saya boleh membantu sikit dalam hal Petrol nie since saya bekerja dalam Industri Minyak dan Gas.

Mula sekali, apa itu RON? RON atau nama penuhnya Researched Octane Number adalah istilah biasa seluruh dunia guna untuk pengkelasan minyak yang mana ia diukur melalui pelbagai nisbah mampatan enjin dalam keadaan yang terkawal. Rujuk sini: en.wikipedia.org/wiki/Octane_rating . Selain daripada RON, istilah lain yang digunakan adalah MON (motor octane number) dan AKI (anti-knock index). AKI hanya digunakan di US...

Jadi apakah yang mengkelaskan mana minyak yang mudah terbakar? Sepertimana yang kita tahu, di M'sia kita guna RON92, RON95 dan RON97 dan juga Diesel... tahu tak diesel tu RON berapa? RON Diesel adalah di antara 15 ke 25 mengikut gred. Hydrogen pula RON130 ke atas. Apakah maksud sy di sini?

Minyak2 ini diuji dengan nisbah mampatan yang berbeza, kita ambik satu mampatan yang sama di mana Diesel RON25 akan meletup dulu berbanding dengan Hydrogen RON130. Jadi untuk meletupkan hydrogen tu kita bagi spark mcm dalam enjin keta kita tu. Maksud sy, di antara RON95 dan RON97, bila dimampat dengan kuasa mampatan yang sama, RON95 akan meletup dahulu. Kenapa?

Sebelum kita pergi jauh lagi, sy nak terangkan tentang nombor RON dulu. Semakin tinggi nombor RON tu semakin kandungan octane nyer. High performance engine menggunakan RON yang tinggi, contohnya metanol iaitu RON133. Ini adalah kerana enijn jenis ini mempunyai nisbah mampatan yang tinggi jadi kita tak nak minyak tu meletup ata membakar sebelum pencucuh kita hidup (detonation). Ini dinamakan prapembakaran, efek dier? enjin bergegar, fuel consumption tinggi dan keta takde power. Jadi RON95 memang mudah terbakar la? Jawabnya Ya dan Tidak...???

Kita ambik dua keadaan; keadaan pada tekanan udara biasa dan keadaan tekanan mampatan. Pada keadaan tekanan udara biasa kita bakar minyak2 nie, RON97 akan terbakar dahulu (kandungan octane yang tinggi) dan diesel susah nak dibakar. Manakala pada keadaan tekanan mampatan pula diesel akan terbakar dahulu sebelum RON97. Inilah sebabnyer enjin diesel takde spark plug.

Enjin keta lama mempunyai nisbah mampatan yang rendah sebab itulah die boleh guna RON91 dan RON92. Kalau nak masuk 97 ke 100 pun takde masalah. Tapi ingat, keta zaman sekarang mempunyai nisbah mampatan yang tinggi jadi die hanya sesuai guna RON yang lebih tinggi. Kalau guna RON yang rendah, enjin kuat gegar dan loss power.

Jadi apakah jawapan untuk topik ini? Kita tengok 2 keadaan yang sy sebutkan tadi. Keadaan yang mana satu topik ini maksudkan.

Kes keta terbakar tu disebabkan unburn fuel yang terkumpul disebabkan prapembakaran yang mana di dalam sesuatu kemalangan apabila ia bercampur dengan udara dan enjin yang masih panas maka berlaku la kebakaran.

Kesimpulannya, apa RON yang sesuai untuk PE kita? Enjin PE adalah Campro. Campro pula teknologi Lotus. Lotus kan pengeluar keta kuasa tinggi dan keta lumba. Maka dengan itu RON 97 adalah lebih sesuai untuk PE kite. Kalau boleh isilah RON99 mcm kat Brunei.

Ingatlah, semakin tinggi RON itu, semakin mudah ia terbakar kalau dibakar kat open space. Untuk keta pula, semakin tinggi RON itu, semakin lancar penghantaran kuasa enjin itu.

Periksalah manual keta anda, RON mana yang direkomenkan. Contohnya Naza Ria leh guna serendah RON91 tanpa masalah. PE sy guna RON 97 sebab guna RON95 dier gegar kuat.

Kalau ada part yang masih atau kurang difahami, postkan la kepada sy, saya erk...

Salam.......

PS: it is good untuk ada pemadam api kat dalam keta.

Nothing is impossible. There is always a way to solve things.
The following user(s) said Thank You: azeotrope, R3999

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago - 13 years 2 months ago #2825 by Askry
Replied by Askry on topic Re: RON95 mudah terbakar?
PE0385: fuhh.. padat informasi.. i like... penjelasan yg baik oleh ken..

(....Kita ambik dua keadaan; keadaan pada tekanan udara biasa dan keadaan tekanan mampatan. Pada keadaan tekanan udara biasa kita bakar minyak2 nie, RON97 akan terbakar dahulu (kandungan octane yang tinggi) dan diesel susah nak dibakar. Manakala pada keadaan tekanan mampatan pula diesel akan terbakar dahulu sebelum RON97. Inilah sebabnyer enjin diesel takde spark plug....) - nice one... tq for info.. dpt ilmu harini..

(...Ingatlah, semakin tinggi RON itu, semakin mudah ia terbakar kalau dibakar kat open space. Untuk keta pula, semakin tinggi RON itu, semakin lancar penghantaran kuasa enjin itu...) - so, maknanya ron97 lebih mudah terbakar dari ron95 la kan? emmm...
Last edit: 13 years 2 months ago by Askry.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago #2835 by arfaie
Replied by arfaie on topic Re: RON95 mudah terbakar?
ambik cara mudah..kat malaysia ada dua jenis petrol, ron95 dan ron97

di america diorang guna gred ron yang lebih rendah dari malaysia..ron90, ron92..tapi tak der dengar plak keta kt america banyak terbakar..maka kat mana logiknya ron95 mudah terbakar dari ron97?

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago #2839 by niccinixcol
base on my abang story lakan,dia kerja dgn shell as a ir,menurut dia lagi tinggi ron tu so lagi bagus lah petrol tu akan tetapi ron yang tinggi tak bermakna ada kuasa sangat,dia cuma membuat kan petrol tu lagi lebih susah untuk dinyalakan kerana setiap enjin telah direka dgn minimum octane ranking yang tersendiri.

Respect Racing Rules

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago #2890 by kenharta
Replied by kenharta on topic Re: RON95 mudah terbakar?

Askry wrote: PE0385: fuhh.. padat informasi.. i like... penjelasan yg baik oleh ken..

(....Kita ambik dua keadaan; keadaan pada tekanan udara biasa dan keadaan tekanan mampatan. Pada keadaan tekanan udara biasa kita bakar minyak2 nie, RON97 akan terbakar dahulu (kandungan octane yang tinggi) dan diesel susah nak dibakar. Manakala pada keadaan tekanan mampatan pula diesel akan terbakar dahulu sebelum RON97. Inilah sebabnyer enjin diesel takde spark plug....) - nice one... tq for info.. dpt ilmu harini..

(...Ingatlah, semakin tinggi RON itu, semakin mudah ia terbakar kalau dibakar kat open space. Untuk keta pula, semakin tinggi RON itu, semakin lancar penghantaran kuasa enjin itu...) - so, maknanya ron97 lebih mudah terbakar dari ron95 la kan? emmm...


Askry: Hah betul la tu... memang RON97 mudah terbakar. Jadi kalau kes keta terbakar tu memang ada problem kat fuel system dia tu... contohnya xcident: tangki minyak bocor dan minyak tu mencurah kan exhaust pipe yang panas, fuel line pecah dan terkena spark. Kalau tak xcident pulak selalunya terjadi back flow ke air intake disebabkan prapembakaran kerana salah guna RON untuk enjin dier... nie aku dah eksperien kat keta honda member masa dia cuba guna RON92... bebola api sebesar sepuluh kaki masa dia race enjin dier keluar dari air intake... nasib baik ada pemadam api tak jauh...

Moral of the story: Rujuk kembali manual keta anda dan ketahui lah apa RON terendah yang sesuai untuk enjin keta anda. Bagi saya pula, kalau guna RON95 enjin PE sy knocking dan bergegar, ini tandanya dia tak sesuai guna RON95. Masa sy pulang ke Limbang tahun lepas ada cuba masuk Shell RON99 kat stesen myk Brunei, fuhhh betul2 smooth dan power... Tapi check juga RON tertinggi yang boleh digunakan untuk enjin keta anda, tapi kebiasaannya ini takde masalah, sebab tu la kita boleh guna NGV...

Nothing is impossible. There is always a way to solve things.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago - 13 years 2 months ago #2892 by kenharta
Replied by kenharta on topic Re: RON95 mudah terbakar?

niccinixcol wrote: base on my abang story lakan,dia kerja dgn shell as a ir,menurut dia lagi tinggi ron tu so lagi bagus lah petrol tu akan tetapi ron yang tinggi tak bermakna ada kuasa sangat,dia cuma membuat kan petrol tu lagi lebih susah untuk dinyalakan kerana setiap enjin telah direka dgn minimum octane ranking yang tersendiri.


Haah... betul la tu... jadi semakin susah dia dinyalakan semasa kitar mampatan semakin bagus untuk enjin anda maka kuasa yang diperolehi daripada minyak petrol itu adalah pada tahap yang optima... kalau guna RON yang rendah pula, belum sempat spark tu menyala minyak tu dah meletup sebab mampatan, inilah yang menyebabkan kuasa enjin anda drop, knocking dan bergegar kuat... kuasa untuk petrol itu pula jadi wasted... lama2 enjin pun kong...

Eksperien minyak sesuai untuk keta yang aku guna;

datsun 1000 - RON91 > RNO92
datsun 120Y - RON92 > RON97
proton iswara 1.5 - RON95 > RON97
Proton wira - RON95 > RON97
Saga BLM - RON97 > ?
Persona Eegance - RON97 > RON99
Naza Ria - RON91 > RON 99
Perodua Kenari - RON95 > RON99

Kalau anda eksperien enjin anda bersuhu tinggi daripada biasa tanpa mempunyai masalah mekanikal, cuba guna RON tinggi, memang suhu tu terus drop... nie yang aku eksperien ngan Prsona n RIa aku...

Nothing is impossible. There is always a way to solve things.
Last edit: 13 years 2 months ago by kenharta.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago - 13 years 2 months ago #2893 by kenharta
Replied by kenharta on topic Re: RON95 mudah terbakar?
Nicci, abang ko keja kat maner? Aku pun ngan Shell tapi offshore la... base Miri.

Untuk semua PPEOCian, adalah lebih baik anda beli seunit pemadam api (botol kecik) dan simpan dalam keta dan mudah dicapai... ini untuk keselamatan anda dan keluarga anda juga...

Ada kes yang dishare member sekerja aku kat sini: Keta V**S die tengah pagi2 buta terbakar disebabkan unburn fuel yang terkumpul kat exhaust pipe (after modification) and kat manifold. Mcm mana boleh terbakar? O2 sensor kat manifold tu yang menyalakan minyak tu... Jadi kalau nak MOD keta anda, jangan alang2, buat sebaik2 mungkin dan yang penting sekali SAFETY! Korang tengok la kat TV tu mcm mana org putih buat keta dorang, full of safety dan bukan sembarangan...

Nothing is impossible. There is always a way to solve things.
Last edit: 13 years 2 months ago by kenharta.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.558 seconds