Q: Apakah itu Verv-X ?
A: Verv Lubricants merupakan satu-satunya jenama lubricant yang mempunyai program keahlian yang kami namakan sebagai Verv Exclusive. Untuk memudahkan ahli kami, kami letak singkatan menjadi Verv-X.
Q: Apa kelebihan menjadi ahli VervX ?
A: Sebagai ahli VervX (Verv Exclusive), ahli-ahli dari kelab kereta boleh menikmati potongan harga apabila membeli minyak enjin dari Verv Lubricants. Penghantaran ke seluruh semenanjung adalah percuma. Setiap pembelian didatangkan dengan oil filter jenama BOSCH mengikut model kenderaan ahli. Setiap ahli boleh mendaftar maximum sehingga 3 kereta untuk satu keahlian, jadi mereka boleh lebih berjimat. Dan penghantaran terus ke pintu rumah ahli secara percuma, tidak kira di Klang Valley atau seluruh semenanjung Malaysia.
Dengan permintaan yang ada, kami juga telah menyediakan perkihidmatan Mobile mechanic untuk ahli kami yang berada di sekitar Lembah Klang. Caj perkhidmatan adalah mengikut kawasan. Walaubagaimanapun, ahli boleh mencuba dengan percuma untuk kali pertama.
Q: Apakah itu Mobile Mechanic?
A: Ahli di Lembah Klang boleh menggunakan perkhidmatan Mobile Mechanic yang kami sediakan untuk ahli. Ahli boleh book mechanic kami untuk servis kereta mereka pada waktu pejabat tidak kira di rumah atau kawasan pejabat. Mechanic kami akan tukarkan lubricant, oil filter dan air filter (bergantung permintaan). Ini dapat menjimatkan masa dan poket ahli kami.
Q: Berapakah yuran pendaftaran untuk menjadi ahli?
A: Yuran pendaftaran adalah untuk open member adalah RM88.80 RM60 pendaftaran + RM28.80 tahunan. Tetapi, keistimewaan untuk ahli kelab yang ada MOU dengan kami, mereka hanya perlu membayar fee tahunan sahaja untuk menjadi ahli VervX
Q: Yuran adalah untuk tahunan atau seumur hidup?
A: Bayaran tersebut untuk setiap tahun, walaubagaimanapun ahli boleh memperbaharui keahlian mereka dengan menggunakan X-Points yang telah terkumpul (jika cukup). X-Points boleh dikumpul dengan setiap pembelian dari ahli. X-Points juga boleh digunakan untuk menebus merchandise yang dikeluarkan oleh VervX.
Q: Apakah itu X-Points?
A: Ahli Verv-X boleh mengumpul X-Points dengan setiap pembelian. X-Points adalah program kumpul mata seperti Bonuslink. X-Points tu boleh digunakan untuk menebus merchandises dari Verv-X atau memperbaharui keahlian (jika dah cukup) pada tahun-tahun mendatang.
Q: Selain minyak enjin, apa lagi produk yang dikeluarkan oleh Verv ?
A: Selain dari minyak enjin series mineral, semi-sintetik, fully sintetik dan classic engine oil, kami sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan performance oil range, atf, gear oil dan juga octane booster dalam masa terdekat.
Q: Bagaimana ahli boleh mendapatkan produk Verv?
A: Customer Service kami akan menghubungi semua ahli kami setiap 2 atau 3 bulan sekali sebagai soft reminder kepada mereka untuk servis kenderaan yang mereka daftarkan. Jadi mereka boleh place booking sebelum waktu service sampai. Dan bayaran boleh dibuat selepas barang dihantar (untuk ahli Lembah Klang) atau selepas bayaran ditransfer ke akaun VervX.
Q: Bagaimana kalau dari luar lembah Klang nak dapatkan produk Verv?
A: Untuk ahli diluar Lembah Klang, mereka perlu membuat pembayaran secara online. Setelah bayaran diterima, kami akan uruskan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan courier service.
Q: Bolehkan ahli mendaftar lebih dari satu kereta bawah satu nama ahli yang sama?
A: Penting untuk semua ahli tahu, satu keahlian boleh mendaftar maximum untuk 3 plat number. Jika kereta kedua atau ketiga tinggal di kawasan yang berlainan, maklumkan kepada customer service kami, dan kami akan hantar mengikut alamat yang diberikan secara PERCUMA.
Q: Apakah kelebihan untuk kelab PPEOC?
A: Kelebihan kepada club PPEOC pula, sebagai rakan rasmi kepada kelab, mengikut pengalaman yang ada, kami akan menaja atau menyumbangkan apa yang kelab perlukan untuk sesebuah majlis atau program. Bergantung kepada komitmen yang ditunjukkan oleh kelab. Dan yang pasti 5% dari sales revenue kelab, akan disalurkan semula kepada akaun kelab sebagai dana tambahan untuk aktiviti kelab.
Q: Bagaimana boleh ahli mendapatkan maklumat dgn lebih lanjut?
A: Sila refer ke numbers di bawah untuk berhubung dengan kami :
* Pendaftaran kelab, ahli baru atau penajaan - 018-3838378
* Pembelian, sebarang pertanyaan mengenai kad keahlian, kemaskini maklumat peribadi, penambahan jumlah kereta (maximum 3 kereta bagi setiap keahlian)
sila berhubung dengan Customer Service kami:
Verv-X Hotline
1-300-88-8378
Customer Service:
018-2838378
018-3998378
018-7778378
018-3888378