Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

Idea penjimatan minyak persona

More
9 years 5 months ago - 9 years 5 months ago #24710 by thethirdfarial
Salam semua,

Saya ada sebijik persona B-Line Auto 2012 (Personaku :P ).
Masa mula-mula dapat dulu memang selalu je pedal-to-metal.
Suka bila rpm 3000-4000 tu.
Terasa torque.
Kalau bawak malam kat highway memang 140+ je la.
Memang respect PE ni.

Personaku tu sekarang buat pegi kerja je.
15km 1-way, dari Skudai ke Tebrau.
Balik keje biasala jam sikit.
End of month FC: 7.8L/100km

Orang rumah pakai Myvi 1.3 SE Auto.
Ye la kan perempuan sesuai kereta comel sikit.
Jalan dekat-dekat je, tak de jam sangat.
End of month FC: 14.5km/L (6.9L/km)

Tengok macam tak banyak beza sebab orang rumah keta enjin kecik dan tak tempuh jam sangat.
Tapi bila masuk jalan highway....

Personaku @ 110km/h : 7.2L/100km (result lepas reset and jalan dalam 10km)
Myvi @ 110km/h : 15.5km/L @ 6.45L/100km(result lepas reset and jalan dari Kuantan ke tol Karak, 200+ km, uphill+downhill tau je la kan jalan sana camne)

Dua-dua test just saya dan wife and some luggage je.

Eh, Myvi lagi jimat???
My expectation la kan, suppose Persona enjin besar, kalau highway jalan laju dia lagi jimat.

Kalau Myvi bawak 90km/h jangan cerita la kan. Cecah 21.5km/L @ 4.7L/100km! (85~90km/h JB-Kuantan ikut Mersing time hari raya)
Personaku 90km/h tak ingat pulak berapa. rasa tak kurang 5L/100km tu pasti.

"Eleh.. compare dengan keta kecik memang la..."

Tunggu dulu!

Ayah saya pakai Perdana umur at least 15 tahun (enjin baru tukar Mitsubishi Gallant kot dia cakap. 5 years, 2.0 inline 4 bukan v6) pun lagi jimat dari Personaku.

Aduh.

So, saya cuba la nak kurangkan FC Personaku tu...
Disebabkan saya bawak pegi keje jalan bandar banyak jam... antara idea yang ada:
  1. Install NGV
  2. Increase engine efficiency
  3. Reduce weight

Mari kita tengok satu-satu...

  1. Install NGV
    Memang jimat. Tapi drawback:
    • Kos. 7000+/- kot
    • Added weight
    • Makan ruang bonet

  2. Increase engine efficiency
    Target ni untuk tambah efficiency, bukan tambah power enjin semata-mata. Makan fulus...
    Antara idea:
    Item Comment
    High efficiency radiator + fanLagi sejuk lagi bagus
    Cold air intakeLagi sejuk udara sebelum masuk enjin lagi efficient
    Iridium spark plugUntuk pembakaran lagi lengkap dan stabil untuk jangkamasa lama
    Polish throttle body (bukan rebore!)Smoother air intake? Sifu-sifu tolong explain please :P
    Upgrade electrical systemUntuk voltage stability. Bila lebih stabil, lebih efficient

  3. Weight reduction

    Lagi ringan kereta, lagi bagus.
    Jalan bandar, banyak stop-accelerate-stop.
    Bila body ringan, lagi senang nak accelerate, minyak lagi jimat.
    Ada 2 level weight reduction...

    • Level 1 : Free! :P

      Remove segala benda yang macam tak perlu je. Tapi tak la sampai strip bare to minimum macam race car.
      Hanya cukup untuk drive sorang pegi balik kerja je. Total boleh jimat 40+ kg (anggaran je..)


      Item Saving (+/- kg) Comment
      Cabin mats3.7Dah buat dan timbang. Just pakai kat tempat driver je sebab drive solo
      Bonnet bottom cover plate4.5Dah buat dan timbang.
      Bonnet side cover L + R0.8 + 0.8Belum buat. Berat dah timbang. Tak tau nak letak mana...
      Spare tyre + tools12 + 3.6Belum buat. Berat dah timbang. Teragak-agak nak remove takut kalau tiba2 pancit
      Hood insulator3?Belum buat. Nak remove macam susah. Takut tak boleh pasang semula. Function insulator lebih kepada heat protection untuk hood tu daripada rosak cat sebab panas.
      Rear seat bottom + upper3.6+5?Belum buat. JPJ bagi ke??? Mintak komen sikit
      Cabin floor carpet/cover3.5?Belum buat. Kalau tanggal nampak wiring bersepah. Kena manage wiring. Nak tanggal pun leceh...
      Radio tuner + speaker0.8?+2.5?Belum buat. Nak tanggal speaker maybe senang, tapi nak tanggal radio tuner tu macam payah je. Lepas ni pakai radio kat smartphone je.

    • Level 2. Extreme replacement.
      Berkadar langsung dengan fulus... Kalau buat memang minyak jimat, tapi duit tak jimat la...
      Dapat jimat berat +/-50kg kot...

      Item Saving (kg) Price (RM)
      Lightweight wheel15?3xxx?
      Lightweight seat10?3xxx?
      Lightweight radiator5?xxx?
      Lightweight exhaust system10?1xxx?
      Carbon Fiber hood (Painted)15?7xxx?
      Carbon Fiber bonnet (Painted)5?4xxx?
      Carbon Fiber roof (Painted)5?4xxx?
      Lexan glass rear window?xxx?
      Lexan glass rear windshield?xxx?

So far saya baru remove bonnet spare tyre cover plate dengan cabin mats je. Total dalam 8kg.
Persona weight to power ratio: 1190kg / 110hp = 11kg/hp.
Masih belum dapat increase 1 hp pun lagi :pinch:

Sifu-sifu sini ada idea lain tak?
Bab internal/enjin ni saya tak reti sangat...
Mana yang perlu tukar untuk kasi lebih efficient, lebih ringan, etc.
Last edit: 9 years 5 months ago by thethirdfarial.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
9 years 4 months ago #24721 by paklah
Dah sampai masanya proton produce enjin yang fuel efficient..

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.407 seconds