Sistem Ekzos

More
7 years 8 months ago - 7 years 8 months ago #24851 by fakri
Sistem Ekzos was created by fakri


Di sini nak kongsikan sedikit ilmu maklumat yang aku tahu tentang ekzos di sini..
Kereta secara asasnya terdiri daripada beberapa sistem utama, iaitu:
  • Sistem bahan api
  • Sistem ekzos
  • Sistem pelinciran
  • Sistem penyalaan
  • Sistem transmisi
  • Sistem elektrik
  • Sistem penyejukan
  • Sistem kemasukan udara
  • Sistem kerangka dan suspensi

Semua sistem ini berkerjasama tetapi diselanggarakan secara berbeza. Maksudnya, kalau salah satu sistem mengalami masalah, hanya sistem tersebut yang akan diselanggarakan.

Fokus kita di sini ialah Sistem Ekzos yang berfungsi bagi menyingkirkan gas-gas ekzos hasil pembakaran bahan api daripada enjin. Sistem ini bermula daripada cylinder head ke ekstraktor (exhaust manifold) ke catalytic converter dan ke muffler.
Menurut maklumat yang ada, penukaran sistem ekzos dengan pengiraan yang betul mampu untuk meningkatkan kuasa kuda (horsepower) kereta. Secara ringkasnya, panjang ekzos adalah berkadar songsang dgn RPM. Ekzos yang panjang bagus untuk RPM rendah, manakala ekzos pendek bagus untuk RPM tinggi.

Untuk mana-mana sistem ekzos, pasti wujud back pressure iaitu suatu keadaan dimana tekanan udara diluar ekzos lebih tinggi daripada tekanan gas dalam ekzos.

Tekanan gas dalam ekzos boleh dikawal menggunakan ekstraktor (exhaust manifold) yang sesuai. Contohnya:
Ekstraktor 4-1 - Laluan gas ekzos dari 4 manifold terus keluar ke ekzos. Pada RPM rendah, macam tiada power sebab tekanan gas dalam ekzos tidak tinggi (Gas agak sukar untuk keluar), tapi pada RPM tinggi, memang power sebab tekanan gas dalam ekzos lebih besar dari back pressure dan gas ekzos keluar tanpa ada halangan.

Ekstraktor 4-2-1 - Laluan gas ekzos yang keluar dari 4 manifold, dikumpul masuk ke dalam 2 tabung kecil yang bertujuan untuk meningkatkan tekanan gas dalam ekzos yang keluar sebelum ditumpukan keluar ke muffler. Pada RPM rendah, tekanan gas dalam ekzos sememangnya lebih tinggi dari back pressure membuatkan kereta lebih power pada takat RPM tesebut. Tapi, semakin RPM meningkat, tiada peningkatan dalam kuasa (mendatar) kerana banyak gas terkumpul dan laluan gas ekzos terhalang.



Tapi masih ada penyelesaiannya: Pilih muffler yang sesuai sebab muffler standard yang pada kereta standard biasanya terpaksa mematuhi beberapa peraturan dan terikat kepada kos pembuatan kereta tersebut.

Macam mana nak pilih muffler yang sesuai untuk kereta anda?

Muffler adalah satu alat yang digunakan untuk mengurangkan bunyi ekzos kereta. Ia biasanya diletakkan pada bahagian hujung paip ekzos di belakang kereta.
Secara amnya terdapat 2 jenis muffler yang digunakan pada kereta iaitu Muffler S-Flow dan Muffler Straight Flow. Tetapi jenis muffler yang digunakan pada kereta biasa yang baru adalah jenis s-flow, sebabnya muffler jenis ini sesuai untuk penggunaan harian bagi pengguna biasa.

Pilih muffler mengikut kesesuaian anda. Apakah kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis muffler ini?


Jenis S-Flow

Kelebihan:
Senyap
Kuasa kereta berada di rpm rendah dan tengah

Kekurangan:
Menghalang pergerakan angin yang lancar kerana pergerakan angin yang berpusing (bentuk "S") dalam muffler
Menghasilkan back pressure yang tinggi
Kurang kuasa di RPM tinggi


Jenis Straight Flow

Kebaikan:
Aliran angin yang lebih baik kerana angin hanya melalui muffler tanpa berpusing (Kurang back pressure)
Kuasa berada di RPM tinggi
Enjin yang lebih responsif dan lebih pick-up

Keburukan:
Bising berbanding S-Flow
Menaikkan penggunaan minyak (fuel consumption)
Kurang kuasa di RPM rendah

Tetapi kelemahan Straight Flow Muffler boleh diatasi dengan menggunakan silencer.

Ada dua jenis silencer. Satu jenis yang diletakkan di tengah ekzos (tabung tengah) dan satu lagi yang dipasang pada hujung muffler (muffler tip) yang diikat menggunakan skru dan boleh dibuka pada bila-bila masa.

Silencer jenis kedua, sememangnya akan mengurangkan bunyi bising dan menambahkan kuasa pada RPM rendah tetapi anda terpaksa mengorbankan sedikit kuasa pada RPM tinggi.

Sumber : zullgp.blogspot.my/2012/08/tukar-ekzos.html?m=1

PE0007 ~ Shah Alam ~ Bangi ~ Putrajaya ~ Serdang ~ Dengkil
facebook.com/fakri


Attachments:
Last edit: 7 years 8 months ago by fakri.
The following user(s) said Thank You: ryzaldyana

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.297 seconds