Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

[ARKIB] PROGRAM DERMA DARAH!

More
11 years 5 months ago #22439 by freedom_blue
orait bro despajero kita jumpa kat sana..nak derma banyak2 sikit sal tengok gambar nurse tu pun dah berdarah mata.. :lol: :lol: :P

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 1 month ago #23938 by irrahady
Salam PPEOC,
Buat kali kelima Program Derma Darah PPEOC Central akan diadakan

Tarikh : 10 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Meetpoint : Kawasan Parking Tasik Titiwangsa

Semua dijemput hadir beramai-ramai...dan semua diseru untuk menjadi Penderma Darah Tetap bersama PPEOC.

HOTLINE:
Irrahady 012-2797035
Amar Ceplos 017-3277066

KRITERIA PENDERMA DARAH

Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.
- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

3. Berat badan melebihi 45 kg.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
- Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
- Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
- Mengambil dadah secara suntikan
- Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.

10.Untuk penderma wanita:
- Tidak mengandung.
- Tidak datang haid.
- Tidak menyusukan anak.

11.Jangan menderma darah jika anda:
- Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
- Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

PE0248 - PUTRAJAYA
FaceBook: www.facebook.com/irrahady
eMail : [email protected]

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.392 seconds