Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

[CENTRAL] PROGRAM PPEOC BERSAHUR BERSAMA GELANDANGAN 2012

More
11 years 8 months ago #21469 by irrahady

Sukacita dimaklumkan Program Amal kita diteruskan lagi pada kali ini golongan gelandangan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur menjadi sasaran.

Misi

Mendekati dan menyelami kehidupan golongan gelandangan selain menyampaikan sumbangan bersahur kepada mereka.

Matlamat

Memupuk nilai murni dan persahabatan antara kita selain melahirkan insan yang prihatin terhadap golongan yang dalam kesusahan.

Bantuan & Sumbangan anda amat bermakna untuk menjayakan Program Amal ini :-

* Pembayaran untuk setiap peserta adalah RM 10
* RM10 meliputi kos makanan bersahur untuk golongan gelandangan, Tag Program Peserta dan jika mencukupi makanan bersahur peserta juga akan disediakan (bergantung kepada kos 1 set makanan kelak)
* Kami mengalu-galukan jika ada antara kita yang ingin menyumbangkan mineral water, selimut, kain pelikat atau sebagainya pada program kita pada kali ini.
Kutipan dan Serahan Wang boleh dilakukan kepada Area Leader kawasan masing-masing mulai hari ini dan bank in terus ke Bendahari Kelab Saudara Amar di :-
Maybank : 114393034067 (sila beri nama pada amar setelah membuat pembayaran)

ATURCARA PROGRAM

4 OGOS 2012
11.00 malam – MEET POINT ZOE ZEN

5 OGOS 2012
2.30 pagi – TAKLIMAT
3.00 pagi – BERGERAK KE DATARAN MERDEKA
4.00 pagi – PENGAGIHAN SUMBANGAN SAHUR KEPADA GELANDANGAN (MASJID JAMEK/PUDURAYA)

SUMBANGAN ANDA AMAT BERMAKNA BUAT GOLONGAN GELANDANGAN
SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA

PE0248 - PUTRAJAYA
FaceBook: www.facebook.com/irrahady
eMail : [email protected]
Attachments:

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.421 seconds